Monday, October 18, 2010

surah al-mulk...

Salam sume ;>

Bace tajuk di atas....
hehe...post ari ni agak berbunyi islamik....
Tapi, ramai y tahu bkn kebaikan surah al-mulk ni

Kenape ye aku tulis begitu ye?
Ini kerana sejak 2 3 hari ni saye asyik bermimpi buruk...
Bermimpi y boleh kite sume panggil "Nightmares"
Jangan tanya saye kenapa...
Tapi mungkin kerana kekurangan membaca ayat2 allah seperti y sebelum2 ini saye lakukan...
(bukan ingin menunjuk ok kawan2.... tapi dulu ketika study saye agak rajin sedikit dr skrang)
Al-mathurat juge sudah lame saye tdk sentuh (T___T)
Mimpi2 sebegini dulu... selalu saye alami mase study di matrix....
(Err! Tdk le selalu cume ade juge le terjadi)
Gangguan sebegini memang saye tdk suke...
Mudah2an saye berada dibawah lindungan Allah S.W.T

Jika dulu, ketika berada di asrama mase skool (hehe... aku pnh duk di hostel... tp bertahan 3 bln je)
And ketika study di matrix and uitm...
Surah ni antara surah kegemaran tuk dibace before tido....
Based on kata2 ustazah and akak2 y alim ketika skool di SAMTH
Surah ni adalah surah penenang jiwa dan pelindung....
Surah ni boleh dibaca selepas jiwa kite dah berada dlm keadaan tenang....
( Skrang ini jiwa saye agak kurang tenang (@____@! adoi!!! rase mahu ketuk kepala sendiri kuat2! )

Kelebihan surah Al-Mulk:

1) Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Satu surah membela pengamalnya sehingga ia dimasukkan ke dlm syurga iaitu: "Maha Berkat Tuhan yang menguasai pemerintahan" (Surah Al-Mulk." (Majma' al-Zawaid- perawinya di nilai sahih)
2) Ibn 'Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda mengenai surah Al-Mulk: 'Ia adalah surah pelindung. Ia menyelamatkan (pengamalnya) daripada azab kubur.' (Riwayat al-Tirmizi dan dinilai Hasan Gharib)

Intisari Surah Al-Mulk:

1) Menitik beratkan prinsip akidah. Iaitu mengithbatkan kewujudan Allah, kebesarannya, kekuasaannya di atas segalanya, pembuktian terhadap ke-Esaannya, dan makluman mengenai Hari kebangkitan dan Perhimpunan.
2) Ungkapan untuk memuji Allah menyerlahkan keagunganNya dan mengesakanNya dalam hal pemerintahan dan kekuasaan. Juga dimaklumkan bahawa Dialah yang mengendalikan segala yang wujud dalam konteks menghidupkan dan mematikan.
3) Dalil kewujudan Allah. Antaranya, Dia menjadikan tujuh lapis langit, menghias langit dengan bintang-bintang yang bergemelapan. Serpihan bintang itu digunakan untuk merejam syaitan.
4) Di antara petanda kekuasaan Allah SWT ialah disediakan azab neraka jahanam untuk golongan kafir dan diberikan berita gembira kepada golongan beriman dengan keampunan dan ganjaran yang besar.
5) Di antara petanda pengetahuan, kekuasaan dan nikmat Allah SWT ialah Dia mengetahui segala yang tersembunyi dan yang nyata, Dia menjadikan manusia dan mengurniakan rezeki.
6) Muka bumi dipermudahkan untuk kehidupan yang selesa, ia dipelihara dari gejala jerlus. Langit diperlihara dari hujanan batu-batu yang membakar dan membinasakan manusia, burung-burung terbang tanpa terjatuh.
7) Manusia dicabar supaya mencari pelindung atau pembela selain Allah sekirannya Dia ingin mengazab mereka.
8) Peringatan terhadap golongan yang mendustakan dakwah Rasulullah S.A.W dan amaran dari mendedah diri mereka kepada azab.
9) Pengistiharan wajib bertawakal kepada Allah, dan ancaman dimendapkan air yang mengalir di sungai dan yang terpancar dari mata air tanpa ada sesiapa yang lain yang boleh mengalirkannya semula dan menggantikannya.


۪i۫۰۪e۫۰۪d۫۰_۪k۫۰۪e۫۰۪a۫۰۪i۫۰
(。◕‿◕。)